PENDIRIAN KEPELBAGAIAN AHLUSSUNNAH WAL-JAMA'AH BERKAITAN TAZKIYAH AL-NAFS (TASAWUF)

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-67/2024 22-23 MAC 2024 / 11-12 RAMADAN 1445

Bil. 1/67 TAHUN 2024

موقف تنوع أهل السنة والجماعة فيما يتعلق بتزكية النفس (التصوف)

PENDIRIAN KEPELBAGAIAN AHLUSSUNNAH WAL-JAMA'AH BERKAITAN TAZKIYAH AL-NAFS (TASAWUF)

تزكية النفس (تطهير الروح) أو ما يسمى بالتَصَوُّف هو جزء مهم للمسلم. العبادة الظاهرة (العملية) بدون تزكية النفس ستفقد قيمة الإحسان في الحياة الدينية للمسلم.

Tazkiyah al-Nafs (penyucian jiwa) atau yang dinamakan dengan taṣawwuf adalah suatu bahagian penting bagi seorang muslim. Ibadah zahir ('amaliyyah) tanpa Tazkiyah al-Nafs akan menghilangkan nilai ihsan dalam kehidupan beragama seorang muslim.

يجب أن تستند طريقة تزكية النفس إلى القرآن والسنة. أي طريقة أو تعليمات تتعلق بتزكية النفس وتتناقض بشكل واضح مع القرآن والسنة تُرفض.

Kaedah Tazkiyah al-Nafs hendaklah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Apa-apa sahaja cara atau ajaran berkaitan Tazkiyah al-Nafs yang secara jelas bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah ditolak.

على أساس، فإن الممارسات الروحية مثل تلاوة آيات أو سور معينة من القرآن، الذكر، والصلاة على النبي، تُشَجَّع على ممارستها طالما هناك دليل عليها من القرآن والسنة.

Pada asasnya, amalan-amalan kerohanian seperti bacaan ayat atau surah al-Quran tertentu, zikir, dan selawat, dianjurkan untuk diamalkan oleh seseorang selagi ada dalilnya daripada al-Quran dan al-Sunnah.

ومع ذلك، فإن الممارسات التي لا توجد لها أحكام محددة من القرآن والسنة فيما يتعلق بالطريقة، العدد، المكان، أو الوقت مثل تلاوة آيات معينة من القرآن، عدد معين من الصلاة على النبي أو الذكر أو صيغة الدعاء وما شابه ذلك، يجوز للشخص أن يحددها لنفسه سواء فيما يتعلق بالطريقة، العدد، المكان، أو الوقت دون أن ينسبها إلى أمر شرعي ولا تتعارض مع الشريعة.

Walaubagaimanapun amalan yang tiada ketetapan daripada al-Quran dan al-Sunnah berkaitan cara, bilangan, tempat, atau waktu seperti bacaan ayat al-Quran tertentu, jumlah selawat atau zikir tertentu atau lafaz doa dan seumpamanya, adalah dibolehkan bagi seseorang menetapkan untuk dirinya sama ada pada cara, bilangan, tempat, atau waktu tanpa disandarkan kepada perintah syarak dan tidak bertentangan dengan syarak.

الهدف من تزكية النفس هو تطهير الروح من الصفات التي يبغضها الله عز وجل مثل الشرك الخفي، الكبر، العجب، السمعه وغيرها. تزكية النفس ليست للحصول على الأمور الخارقة، ولا لكي تكون وسيلة لرفع الذات وإظهار الصلاح للآخرين، ولا للحصول على مكاسب دنيوية.

Tujuan Tazkiyah al-Nafs adalah untuk penyucian jiwa dari sifat-sifat yang dibenci oleh Allah Azza Wajalla seperti syirik khafī, sombong, 'ujub, sum'ah dan lain-lain. Tazkiyah al-Nafs bukan untuk mendapatkan perkara-perkara luar biasa, bukan pula untuk dijadikan sebagai medium mengangkat kebesaran diri bagi menunjukkan kesolehan kepada orang lain, dan bukan juga untuk mendapatkan keuntungan dunia.

لا يُنكر وجود الذوق الصحيح، الكشف، الإلهام، الرؤيا، الكرامة وما شابه ذلك. كل هذه الأمور لا تُرفض ما دامت لا تتعارض مع القرآن والسنة. هذه الأمور هي منح من الله عز وجل لعباده الصالحين، وليست حجة لتصديق شيء جديد في العقيدة أو ابتداع ممارسة في العبادة.

Tidak dinafikan wujudnya dzawq yang benar, kasyaf, ilham, mimpi, karamah atau seumpamanya. Semua hal itu tidak ditolak selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Hal-hal itu merupakan anugerah Allah Azza Wajalla untuk hamba-hamba-Nya yang soleh dan bukan menjadi hujah untuk mempercayai sesuatu yang baharu dalam akidah atau mengada-adakan amalan dalam ibadah.

أعلى كرامة لعباد الله عز وجل الذين يحبهم هي الاستقامة على العقيدة الصحيحة، الأعمال الصالحة، والأخلاق الحميدة.

Karamah yang paling tinggi bagi hamba-hamba yang Allah Azza Wajalla kasihi adalah istiqamah di atas aqidah yang benar, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia.

إحدى الوسائل لتطهير النفس هي زيارة القبور بهدف تذكر الموت، دون القيام بأشياء تتعارض مع السنة، ولا سيما تلك التي قد تؤثر على العقيدة.

Salah satu wasilah untuk menyucikan jiwa adalah ziarah kubur dengan tujuan mengingati kematian, tanpa melakukan hal-hal yang bertentangan dengan sunnah apatah lagi yang merosakkan aqidah.


- TAMAT -

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Dr Zaitun bin Rasmin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha

DIPERAKUKAN / TIDAK DIPERAKUKAN* dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2024 pada 20 Mei 2024.

DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI* untuk DIWARTAKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2024 pada 20 Mei 2024.