Q&A dengan Masyarakat Non-Muslim. Ramadhan 2025 di Masjid Alwi Kota Kangar, Negeri Perlis
Oleh: Shahibus Samahah Dato Prof. Dr. MAZA - Mufti Kerajaan Negeri Perlis
Mudah-mudahan Mereka Tidak Mendakwa Saya di Akhirat Kelak
Semalam berlangsung satu lagi majlis dialog bersama masyarakat
non-muslim dari pelbagai agama di Perlis yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti
Perlis. Dialog kali ini berlangsung dalam Masjid ALWI, Kangar.
Saya ingin memberikan peluang untuk masyarakat bukan muslim melihat suasana
muslim beribadat. Mereka juga dijemput menyertai masyarakat muslim berbuka
puasa di hadapan halaman Masjid Alwi yang sememangnya meriah setiap hari
hari ketika waktu berbuka. Mereka juga diberikan sedikit hadiah oleh pihak
MAIPs sebagai tanda persahabatan yang baik.
Alhamdulillah, penyertaan sangat baik. Seperti biasa banyak soalan yang
mereka ingin tanya. Saya beritahu mereka, tanyalah sekalipun hal yang
sensitif. Saya akan cuba jawab.