PENDIRIAN TERHADAP PERBEDAAN DALAM AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL-JAMA'AH

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-67/2024 22-23 MAC 2024 / 11-12 RAMADAN 1445

Bil. 1/67 TAHUN 2024

PENDIRIAN TERHADAP PERBEDAAN DALAM AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL-JAMA'AH
  • Aqidah yang wajib diikuti oleh umat Islam adalah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah. Dalam masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan tafsiran ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah dalam perkara-perkara furū’ (cabang) aqidah.
  • Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah yang dipilih untuk dijadikan pegangan adalah aliran Ahl al-Hadīth (أهل الحديث) atau Ahl al-Athar (أهل الأثر), kerana itu lebih mengikuti manhaj al-Salaf al-Ṣālih (السلف الصالح).
  • Dalam masa yang sama pendirian ini tidak menyesatkan apatah lagi mengkafirkan aliran/mazhab lain dalam aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah iaitu al-Asyā‘irah dan al-Māturīdiyyah. Pendirian ini tidak menghalang untuk kita berdiskusi secara harmoni dalam isu-isu furū’ aqidah tanpa permusuhan.
  • Kita hendaklah bermuamalat dengan pengikut aliran-aliran tersebut sebagai saudara seIslam dan sentiasa bekerjasama dalam perkara yang disepakati serta bertoleransi dalam perkara yang diperselisihkan.
  • Pendapat/ajaran yang jelas bertentangan dengan perkara-perkara prinsip aqidah (أصول العقائد) daripada pihak mana pun wajib ditolak dan dijelaskan kebatilannya, tanpa memandang latar belakang kelompok dan pengucapnya.
  • Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah dengan kepelbagaian aliran sepatutnya dapat membangun ukhuwwah dan kerjasama yang lebih kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran daripada aliran sesat dan ancaman terhadap umat.